
| Sekolah (Kelas) Menengah Inggeris Sabak Bernam yang bermula dengan 33 murid pada awal tahun 1956 telah berkembang dengan pesatnya menjadi 1234 murid pada awal tahun 2009. Sekolah Menengah Inggeris yang awal hingga sekarang telah melalui perubahan nama iaitu Government English School (GES) Sabak Bernam, National Type Secondary School (NTSS) Sabak Bernam dan Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) Sabak Bernam.Selamat bertemu semua bekas pelajar dan bekas guru. Mengimbas kembali era persekolahan suatu nostalgia. Kejayaan murd-murid mengharumkan nama sekolah harus diberi pujian. Tidak lupa juga, kecemerlangan murid-murid adalah hasil usaha guru-guru membimbing murid-murid menjalankan peranan mereka. Kita amat menghargai jasa bakti mereka.Semua bekas pelajar GES/NTSS/STARP, marilah kita menggembleng tenaga. Kita lanjutkan semangat khidmat bakti. Kita kukuhkan semangat “1 Malaysia”. Kita perkasakan kembali Alumni STAR Putra. Kita letakkan alumni ini di persada mahligai. |
